Card image cap

KELAS TAHFIZ DEWASA ONLINE

Imtiaz Academy Sdn Bhd

Skill

Course Description:
Program ini dijalankan bertujuan untuk menghafal al quran serta menyebut huruf/ bacaan yang betul dan menjaga hukum-hukumnya dengan teliti di dalam ilmu waqaf dan ibtida’. Program ini mengajak golongan yang berminat untuk menghafal al quran sepenuhnya melalui : 1. Kaedah yang telah ditetapkan dari pihak Akademi Imtiaz. 2. Kaedah yang tidak ditetapkan iaitu mereka yang mahu menghafal setengah daripada surah-surah al quran. Kaedah jenis ini adalah pilihan dari pihak Akademi Imtiaz hanya meletakkan jadual yang sesuai mengikut pilihan pelajar. Dalam program ini, pelajar akan didedahkan tentang bagaimana cara/ kaedah yang berkesan untuk menghafal, bagaimana cara untuk mengulangi bacaan lama dan seterusnya bagaimana untuk menjaga apa yang telah di hafalnya.


Starting from RM0/month



TUJUAN PROGRAM

1. Menghafaz Al-Quran sebagaimana ia diturunkan,dan melagukan Al-Quran sebagaimana Rasulullah S.A.W mengajarkannya kepada para sahabat tanpa mencacatkan hukum tajwid dan tilawah.
2. Sebagai pra-syarat untuk memasuki program ijazah/sanad Al-Quran dari guru pakar dan berpengalaman.
3. Ingin memperbanyakkan huffaz Al-Quran yang bertujuan untuk menyucikan hati, memperbaiki ummah dan menjaga Al-Quran dengan baik.
4. Membuka peluang kepada orang Islam/muallaf yang terdiri daripada pelbagai bangsa untuk mengenali Al-Quran secara jelas.
5. Menolong orang islam untuk menghalusi Bahasa Arab dan maknanya melalui pergaulan mereka bersama Al-Quran.
6. Membentuk proses pengulangan Al-Quran bersama  para huffaz. Ini memudahkan hafazan mereka terhadap Al-Quran.
7. Mengajar Al-Quran kepada orang islam cara bacaan yang tepat serta hukum tilawah dan tajwid.

Terbuka untuk individu dewasa semua peringkat umur

SIJIL HAFAZAN AL-QURAN

  1. Pelajar akan memperoleh sijil hafazan bagi setiap juzuk yang telah dihafalnya.
  2. Pelajar akan memperoleh sijil hafazan Al-Quran apabila tamat menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Course Schedule

Date Start Date End Time Start Time End

Other Courses by Imtiaz Academy Sdn Bhd


CONTACT US
Phone
03-4256 2286
Fax
03-4256 2286
Email
customercare@digitaldagang.com



D-0-9, Setiawangsa Business Suite,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur